Tuesday, July 31, 2012

Tazkirah Ramadhan - Jadilah Hamba Allah, Bukan Hamba Ramadhan

Salam Ramadhan Kareem


Bismillahirrahmanirrahim

Diam tak diam dah masuk ramadhan yg ke-11 hari ni. Erm..mudah-mudaan amalan kita di bulan Ramadhan ni tak sia-sia, dan Doa kita di bulan Ramadhan ni akan di terima Allah swt.

Ketika bulan ramadhan ni la pesta ibadah pun bermula,ala..mcm lagu nada murni tu, amalan ramadhan. “Pesta Ibadah telah pun bermula, bersama tibanya ramadhan yg mulia”….

Tapi sy bukan nak cakap pasal pesta, tapi pasal kata-kata dari Sheikh Yusof Qardhawi. “ Jadilah Hamba Allah, Bukan Hamba Ramadhan”. Hurmm…ape yg korang paham dgn kata-kata ini?

Tazkirah yang sy dengar sblm terawih mlm kelmarin, ustaz tu berkata, “Time bulan ramadhan ni cari la mana-mana surau/masjid, takde yg tak penuh. Masa ni la org duk baca Al-quran, bertadarus, dll. Tapi bila lepas ramadhan…nak dpt penuh 2 saf pun susah. Nak baca 1 muka Al-quran pun payah”. Ni kata ustaz tu la...

Tapi betul gak tu .. kadang-kadang kalu kita bertadarus pada tahun ni, kebetulan tamat sampai juz 20 la kata kan, masuk ramadhan tahun depan, tanda kat juz 20 tu kekal lagi… sebab lepas ramadhan tamat terus simpan dalam almari, dah macam satu tradisi pulak, asal bulan ramadhan jer, kasi pulun habis…semua jenis ibadah nak buat dalam bulan ramadhan.

Nak beribadah berhabis-habisan tu tak salah, tapi jgn lepas Ramadhan semua tu di tinggalkan... sepatutnya ibadah yg di buat di bulan ramadhan tu adalah sebagai didikan utk diri kita supaya amalan2 tu di teruskan pada bulan2 lain. Biar sedikit tapi istiqamah.

Tu yang Sheikh Yusof Qardhawi kata “Jadilah hamba Allah , bukan hamba Ramadhan”

"Barangsiapa yang 'menyembah' Ramadhan maka sesungguhnya Ramadhan itu akan mati, dan barangsiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu Maha Hidup dan tidak mati. Seburuk-buruk kaum ialah mereka yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan! Jadilah hamba Tuhan, bukan hamba Ramadhan!"

Selamat beramal!! :)

Monday, July 23, 2012

Tazkirah Ramadhan - Kisah si Tunggul Kayu

Salam Ramadhan Kareem


Bismillahirrahmanirrahim

Pejam celik pejam celik, sekejap jer dah masuk 3 hari dibulan ramadhan, kata ustaz masa kuliah sblm terawih kelmarin, “jgn pejam tak celik-celik sudah”..pantasnya masa berlalu.. Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk melalui ramadhan yg penuh dengan keberkatan ini..

Apa yang mahu saya kongsi hari ni? Hehe..tentang kisah pada zaman rasulullah s.a.w… tersentap hati ni bila dgr cerita ni..sapa la aku di muka bumi ini…huhu..cerita pasal tunggu kayu je…tp boleh sentap..kenapa? Meh saya cerita…

Kisah ni berlaku ketika zaman rasulullah s.a.w. Alkisah pada suatu hari di katakana bahawa seorang penduduk telah terdengar suara seperti sedang menagis, setelah di cari punya cari punya cari, rupanya suara tangisan itu datangnya dari sebuah tunggul kayu. Kalau zaman skrg dengar tunggul kayu menangis mesti korang dah lari lintang pukang kan??! Maka penduduk itu pun berasa hairan, kenapa tunggul kayu itu menangis??

Setelah buntu memikirkan penyelesaian, lalu dia pun memanggil Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w tiba, lalu Baginda mengusap tunggul kayu itu. Dengan keizinan Allah s.w.t, tunggul kayu itu berhenti menangis.

Penduduk yang menjumpai tunggul kayu tadi tu pun bertanya pada Rasulullah. “ Ya Rasulullah, apa yg menyebabkan tunggul kayu ini menangis?”

Lalu Rasulullah pun menjawab, “ Sesungguhnya, jika aku tidak mengusap tunggul kayu ini, ia akan terus menangis hingga hari kiamat. Kerana tunggul kayu ini amat merinduiku.”

Diceritakan bahawa tunggul kayu itu adalah kayu yg dahulunya adalah dari mimbar yg pernah di guna kan oleh Rasulullah. Tetapi setelah mimbar baru di bina, maka kayu tersebut telah di buang.

Ha..sentap x? kenapa saya sentap? Sebab saya ni manusia… dia tunggul kayu..tunggul kayu pun ada perasaan rindu kat Rasulullah s.a.w..sampai menangis mcm tu skali..tp saya? Ada rindu? Ada menangis? Kalu ada pun sekejap-sekejap je kan? Mana cinta kita pada Rasulullah s.a.w..kalu ada pun tak seperti hebatnya rindu si tunggul kayu tu..

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w terlalu amat merindui umat-umatnya… Rasulullah s.a.w penah berkata, “Beruntunglah mereka yang pernah bersamaku dan melihatku.”. Gembira hati mereka yang mendengar. Tetapi “ Beruntunglah, beruntunglah dan beruntunglah umat ku yang tidak pernah melihatku dan bersamaku tetapi beriman kepada ku”. MashaAllah…3 kali untung tu...x nak dpt untung ke? Jadi, marilah sama-sama kita semaikan rasa cinta dihati ini kepada Rasulullah s.a.w. Selalulah berselawat, mudah-mudahan beroleh syafaatnya.

Tuesday, July 10, 2012

Al-Kisah - Rahmat Allah

Cerita ni saya terbaca dari blog seseorang, dah lama sgt nak cari cerita ni, kenapa? Kalu nak tahu kenapa, cuba baca... dah baca, tepuk la dada tanya la iman... :)

Dari Jabir r.a, berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah S.A.W katanya: Wahai Muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai Nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang lebar, panjangnya bukit itu 30 hasta kali 30 hasta dan di sekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.


Dan di situ Allah S.W.T mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit serta Allah S.W.T juga telah menghidupkan sepohon pokok delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya. Setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah S.W.T supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh bumi atau apa-apa sahaja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka Allah S.W.T pun menerima permintaannya.

Berkatalah malaikat lagi: Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud. Kami mendapat dalam ilmu bahawa dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah S.W.T. Lalu Allah S.W.T menyuruh malaikat, “Masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku”. Maka orang itu berkata: “Dengan disebabkan amalku?” Maka Allah S.W.T menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang telah dibuat hamba itu selama 500 tahun telah habis dihitung hanya dengan sebelah mata sahaja, yakni nikmat penglihatan yang Allah S.W.T berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.

Maka Allah S.W.T berfirman: “Masukkanlah dia ke ke dalam neraka”. Apabila dia ditarik ke neraka maka ia pun berkata: “Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatMu”. Lalu Allah S.W.T berfirman kepada malaikat: “Bawakan dia ke mari”. Kemudian Allah S.W.T bertanya kepada hambanya itu: “Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada?”. Lalu hamba itu menjawab: “Engkau ya Allah”. Kemudian Allah S.W.T bertanya lagi: “Apakah itu kerana amalmu atau rahmatKu?” Jawab hamba itu: “Ya Allah, dengan rahmatMu”. Allah S.W.T bertanya lagi: “Siapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?”. Jawab hamba itu: ” Engkau ya Allah”. Allah S.W.T bertanya lagi: “Siapakah yang menempatkan kamu di atas bukit yang ditengah-tengah lautan. Dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin. Serta siapakah yang menumbuhkan sepohon pokok delima yang mengeluarkan sebiji buah delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali, lalu kamu meminta supaya Aku mematikan kamu dalam keadaan sujud, jadi siapakah yang berbuat semua itu?”

Lalu orang itu berkata: “Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukannya”. Allah S.W.T berfirman: “Maka semua itu adalah dengan rahmatKu dan kini Aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatKu”. Maka malaikat Jibrail berkata: “Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah S.W.T”.

Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah S.W.T berikat kepada hambanya. Oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah S.W.T sebaliknya mohonlah dengan rahmatNya. Sebab hanya dengan rahmat Allah S.W.T sahajalah seseorang itu dapat memasuki syurgaNya.

Apabila kita memohon doa kepada Allah S.W.T supaya kita dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatNya, maka mintalah supaya Allah S.W.T memasukkan kita dengan rahmatNya ke dalam syurga Firdaus.

Saturday, July 7, 2012

Baiti Jannati - Anak Derhaka!! Salah siapa??!

     Aku selalu tanya pada diri sendiri...dah bersedia ke nak kahwin sebenarnya?? Umur dah 28 tahun..x kan x bersedia lagi kot.... Tapi sebenarnya Allah tu maha mengetahui sama ada seseorang tu dah bersedia atau belum. Macam-macam perkara yg perlu dititik beratkan sebelum berkahwin.. dan banyak perkara yang perlu dipersiapkan sebelum meniti alam rumah tangga ni.....Lagi-lagi tanggungjawab pun berat. Tanggungjawab sebagai isteri/suami, sebagai anak, sebagai menantu dan juga sebagai ibu/ayah...dan yg paling penting tanggungawab sebagai hamba Allah...

     So..memikirkan semua itu, aku cuba mempersiapkan diri dari pelbagai segi, sudut, penjuru dan lain2 lagi... Laa ni...tengah baca buku yg dikarang oleh pasangan suami isteri iaitu Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi...~ tajuk - Cinta High Class..suka baca buku-buku tulisan Fatimah Syarha ni...bahasa yg disampaikan mudah difahami dan mungkin ini salah satu cara berdakwah versi santai..i like... :)...

     Sebenarnya tertarik pada salah satu cerita tentang sahabat nabi, iaitu Kisah Sayidina Umar r.a..yg ada di selitkan dalam buku Cinta High Class ni.... pernah juga dengar cerita ni dalam majlis2 ilmu, tp mungkin hati x terbuka masa mendengar ceramah tu, so dengar cerita tu mcm tu je la... panjang lebar lak intro nya..straight forward je la cik Isniza oiii...kisah nye mcm ni.

     Di suatu masa, Sayidina Umar pernah didatangi oleh seorang lelaki yang mengadu perihal anaknya menderhakainya. Maka anaknya telah dipanggil oleh Sayidina Umar r.a dan dinasihatinya agar tidak menderhakai ibu bapa dan melaksanakan tuntutan ke atas mereka seperti yang dianjurkan oleh islam.

     Maka berkata si anak kepada Sayidina Umar r.a. , " Wahai Amirul Mukminin, adakah anak tidak mempunyai hak untuk dituntut daripada ayahnya?"

     Jawab Sayidina Umar, " Bahkan ada. Iaitu memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik dan mengajarnya Al-Quran."

     Maka si anak berkata, "Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya bapa saya tidak melaksanakan satu pun daripada ketiga-tiga tuntutan tersebut. Ibu saya berbangsa Afrika yang dahulunya isteri kepada seorang beragama majusi. Saya pula diberi nama Khunfusak yang bermaksud lipas dan saya tidak pernah diajar walau satu huruf pun daripada ayat al-Quran."

     Itu lah cerita nya....so...bertanya lagi pada diri ni...betul ke dah sedia nak berumahtangga?? Allah jua yang maha mengetahui... apa yang penting wahai cik Isniza..persiapkan diri... Wahai bakal2 anak ku...Ibu akan cuba persiapkan diri ini..first thing first...cari ayah yang baik untuk kamu...Insyaallah...

Dan (ingatlah kisah) Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Ya Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".(Surah al-anbiya ayat 89)