Thursday, March 27, 2014

Tangis Sebatang Tamar

Assalamualaikum...lamanya tak post...2 tahun kot...

sebelum ni saya pernah post kan kisah si tunggul kayu yang menangis kerana rindunya pada Rasulullah saw.. Allahummasolli'alaMuhammad...

Jom layan lagu dari kisah yang sama...



Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Saturday, November 3, 2012

Risalah AM - Keutamaan Solat Di Rumah bg Perempuan

Assalamualaikum..

Dah 5 minit sy renung skrin laptop ni....mcm mana nak mula cerita ni?.. straight to the story je la kan??!

     Di ceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata;

"Hai Rasulullah! Sesungguhnya aku senang menjalankan solat bersama-Mu"

     Beliau berkata;

"Aku mengerti bahawa engkau senang menjalankan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik daripada solatmu di kamarmu dan solatmu di kamarmu lebih baik dari solatmu di rumahmu dan solatmu di rumahmu lebih baik dari solatmu di masjidku".


     Org perempuan ni tak elok pegi masjid ker? kalu cam tu cam ne nak menghadiri majlis ilmu?....Jangan fikir mcm ni wahai kaum wanita....

Bukan maksud baginda untuk halang wanita beribadah, tapi baginda tak mahu timbul fitnah ketika keluar rumah...

Fitnah macam mana tu? Banyak sangat contoh yg boleh di beri, salah satunya - ada sesetengah perempuan tu bersolek-molek, berwangi-wangian nak pergi masjid, tu yang tak boleh tu. Ingat!!...matlamat tak menghalakan cara...Niat nak cari ilmu tu dah baik dah..tp cara berpakaian tu berhias berlebih-lebihan pulak..kadang-kadang sampai terbersin orang sebelah..bau minyak wangi dia pakai..

Lagi satu, ada pulak isteri-isteri yg terlalu nak mengejar majlis ilmu di masjid, sampai terabai tanggungjawab di rumah, makan pakai suami belum di uruskan, dia dah sibuk bersiap nak ke masjid...hurmm..mcm mana tu??

Fikir-fikirkan lah...

p/s: pentingkanlah perkara yang penting dari perkara yang tidak penting, tapi jgn terlalu pentingkan perkara yang penting sehingga abaikan perkara yang tidak penting..kerana perkara yang tidak penting itu mungkin boleh jadi ada kepentingannya juga...

Sekian wallahualam..:)

Saturday, September 1, 2012

Allah tak pernah biarkan hamba-NYA sendiri

Assalamualaikum...

     Hari ni dah masuk hari yang ke 14 dalam bulan Syawal, Alhamdulillah....syukur. Sekejap je masa berlalu.. Ada yg baru nak mula berpuasa 6, ada yg dah habis, ada yg nak mula tp tak mula2 lagi sbb bnyk sgt "open house"..hehe..sabar je lahh...

     Kali ni sy nk kongsi kisah Ramadhan dan Syawal ku pada tahun ini.. Sehari sblm Ramadhan sy terima 1 berita yg sedih..ala-ala kecewa jugak...hurm..bila dah sedih ngadu la kat mak..Mak kata "sabar laa..nak buat mcm mana..mungkin ada hikmah nya". Itu la yg Mak selalu nasihat kat sy.. Sebaik-baik tempat mengadu adalah pada Allah s.w.t.. Betul!.. Dah tu buat ape ngadu kat mak??

     Hehe..mmg la sebaik-baik tempat mengadu adalah pada Allah s.w.t..tp atas kasih sayang Allah s.w.t, DIA berikan saya seorang Emak sebagai perantara untuk saya mengadu..Ya Allah...Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..dalam kita tidak sedar..Allah berikan kasih sayangNya melalui Ibu bapa kita kepada kita...Bersyukur kerana masih punya emak dan abah. Pada yg takde tu jgn sedih..bnyk lagi cara Allah s.w.t nak tunjukkan kasih sayang DIA pada HambaNYA..Cuma kita je yg tak nmpk dan tak sedar..Sbb cara Allah s.w.t sampaikan Kasih sayang nya amat UNIK..

     Saya cuba untuk kuatkan diri, walaupun agak sedih..tp cuba utk tidak kalah dgn perasaan sedih ni.Alhamdulillah...sy mampu..walaupun kadang-kadang ada gak rasa sedih, tp sy cuba lawan.. Mula-mula mmg rasa "Down". Tapi Allah s.w.t tak kan pernah biarkan hamba-Nya sendiri.. Dalam saya bersedih dia hadirkan kawan-kawan di sekeliling..yg selalu bg sokongan, yg sering menceriakan hati ini... Terima kasih kawan-kawan kerana sentiasa ada kala hatiku sedang menangis...Alhamdulillah..

     Bila hari raya, sy pun pulang ke kampung di Parit Jawa, Muar. Sekali lagi hati ini bersyukur..saya ni mmg tak penah sendiri..kerna di anugerahkan keluarga yg besar..Raya tahun ni amat meriah sekali...semua abang-abang dan kakak balik.. hehe..penuh satu rumah..


Ni gambar masa hari raya pertama...ada 2 org abg yg xde, sbb beraya rumah mertua



Pada hari raya ke-2 semua dah ada..tp dah x pakai baju raya dah..:)


Hehe..ini la saya..bersama 2 wajah kesayangan ku..

     Bila balik semula ke untuk berkerja, di 'department' tempat sy bekerja pun ada buat makan2 sempena hari raya.

ini la kawan-kawan yg selalu menceriakan saya..mcm2 perangai diorang ni.. x caya cuba tgk gamba lepas ni

ha..dah mula dah..hehe


dah start huru hara dah diorang ni


hehe


cubaan meniru gaya budak yg dpt MC 5 hari sbb sakit mata..hehe..

     Bnyk lagi gambar, tp kalu nak masukkan semua, mahu hang server Blog ni nnt..

Isniza...kamu takkan pernah sendiri... Kerana Allah s.w.t tahu, setiap Hamba-Nya, tak kan mampu untuk hidup sendiri... Percayalah..dan jgn pernah putus asa mengharap hanya pada Allah s.w.t...

Sekian, sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yg buruk itu juga datang dari Allah tetapi di atas kesilapan saya sendiri, kerana AKU HANYA ISNIZA...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITIRI
MAAF ZAHIR & BATIN

:) Wassalam

Tuesday, August 14, 2012

Rasulullah Merindui Umat Akhir Zaman

Rasulullah merindui umat akhir zaman


Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.


Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.


"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.


"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:


"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."


Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:

"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."


"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.


"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.


"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.


"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.


selawat & salam buat junjungan mulia Rasulullah.s.a.w... ....

Monday, August 6, 2012

Santai - Jom Baca

Salam Ramadhan Kareem

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahu Akbar


Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar

Mudahnya nak dapat pahala, daripada korang bercakap-cakap kosong. Baca ni kan dapat pahala.. Nak baca banyak-banyak kali lagi terbaik!!!

Selamat beramal :)

Tuesday, July 31, 2012

Tazkirah Ramadhan - Jadilah Hamba Allah, Bukan Hamba Ramadhan

Salam Ramadhan Kareem


Bismillahirrahmanirrahim

Diam tak diam dah masuk ramadhan yg ke-11 hari ni. Erm..mudah-mudaan amalan kita di bulan Ramadhan ni tak sia-sia, dan Doa kita di bulan Ramadhan ni akan di terima Allah swt.

Ketika bulan ramadhan ni la pesta ibadah pun bermula,ala..mcm lagu nada murni tu, amalan ramadhan. “Pesta Ibadah telah pun bermula, bersama tibanya ramadhan yg mulia”….

Tapi sy bukan nak cakap pasal pesta, tapi pasal kata-kata dari Sheikh Yusof Qardhawi. “ Jadilah Hamba Allah, Bukan Hamba Ramadhan”. Hurmm…ape yg korang paham dgn kata-kata ini?

Tazkirah yang sy dengar sblm terawih mlm kelmarin, ustaz tu berkata, “Time bulan ramadhan ni cari la mana-mana surau/masjid, takde yg tak penuh. Masa ni la org duk baca Al-quran, bertadarus, dll. Tapi bila lepas ramadhan…nak dpt penuh 2 saf pun susah. Nak baca 1 muka Al-quran pun payah”. Ni kata ustaz tu la...

Tapi betul gak tu .. kadang-kadang kalu kita bertadarus pada tahun ni, kebetulan tamat sampai juz 20 la kata kan, masuk ramadhan tahun depan, tanda kat juz 20 tu kekal lagi… sebab lepas ramadhan tamat terus simpan dalam almari, dah macam satu tradisi pulak, asal bulan ramadhan jer, kasi pulun habis…semua jenis ibadah nak buat dalam bulan ramadhan.

Nak beribadah berhabis-habisan tu tak salah, tapi jgn lepas Ramadhan semua tu di tinggalkan... sepatutnya ibadah yg di buat di bulan ramadhan tu adalah sebagai didikan utk diri kita supaya amalan2 tu di teruskan pada bulan2 lain. Biar sedikit tapi istiqamah.

Tu yang Sheikh Yusof Qardhawi kata “Jadilah hamba Allah , bukan hamba Ramadhan”

"Barangsiapa yang 'menyembah' Ramadhan maka sesungguhnya Ramadhan itu akan mati, dan barangsiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu Maha Hidup dan tidak mati. Seburuk-buruk kaum ialah mereka yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan! Jadilah hamba Tuhan, bukan hamba Ramadhan!"

Selamat beramal!! :)

Monday, July 23, 2012

Tazkirah Ramadhan - Kisah si Tunggul Kayu

Salam Ramadhan Kareem


Bismillahirrahmanirrahim

Pejam celik pejam celik, sekejap jer dah masuk 3 hari dibulan ramadhan, kata ustaz masa kuliah sblm terawih kelmarin, “jgn pejam tak celik-celik sudah”..pantasnya masa berlalu.. Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk melalui ramadhan yg penuh dengan keberkatan ini..

Apa yang mahu saya kongsi hari ni? Hehe..tentang kisah pada zaman rasulullah s.a.w… tersentap hati ni bila dgr cerita ni..sapa la aku di muka bumi ini…huhu..cerita pasal tunggu kayu je…tp boleh sentap..kenapa? Meh saya cerita…

Kisah ni berlaku ketika zaman rasulullah s.a.w. Alkisah pada suatu hari di katakana bahawa seorang penduduk telah terdengar suara seperti sedang menagis, setelah di cari punya cari punya cari, rupanya suara tangisan itu datangnya dari sebuah tunggul kayu. Kalau zaman skrg dengar tunggul kayu menangis mesti korang dah lari lintang pukang kan??! Maka penduduk itu pun berasa hairan, kenapa tunggul kayu itu menangis??

Setelah buntu memikirkan penyelesaian, lalu dia pun memanggil Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w tiba, lalu Baginda mengusap tunggul kayu itu. Dengan keizinan Allah s.w.t, tunggul kayu itu berhenti menangis.

Penduduk yang menjumpai tunggul kayu tadi tu pun bertanya pada Rasulullah. “ Ya Rasulullah, apa yg menyebabkan tunggul kayu ini menangis?”

Lalu Rasulullah pun menjawab, “ Sesungguhnya, jika aku tidak mengusap tunggul kayu ini, ia akan terus menangis hingga hari kiamat. Kerana tunggul kayu ini amat merinduiku.”

Diceritakan bahawa tunggul kayu itu adalah kayu yg dahulunya adalah dari mimbar yg pernah di guna kan oleh Rasulullah. Tetapi setelah mimbar baru di bina, maka kayu tersebut telah di buang.

Ha..sentap x? kenapa saya sentap? Sebab saya ni manusia… dia tunggul kayu..tunggul kayu pun ada perasaan rindu kat Rasulullah s.a.w..sampai menangis mcm tu skali..tp saya? Ada rindu? Ada menangis? Kalu ada pun sekejap-sekejap je kan? Mana cinta kita pada Rasulullah s.a.w..kalu ada pun tak seperti hebatnya rindu si tunggul kayu tu..

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w terlalu amat merindui umat-umatnya… Rasulullah s.a.w penah berkata, “Beruntunglah mereka yang pernah bersamaku dan melihatku.”. Gembira hati mereka yang mendengar. Tetapi “ Beruntunglah, beruntunglah dan beruntunglah umat ku yang tidak pernah melihatku dan bersamaku tetapi beriman kepada ku”. MashaAllah…3 kali untung tu...x nak dpt untung ke? Jadi, marilah sama-sama kita semaikan rasa cinta dihati ini kepada Rasulullah s.a.w. Selalulah berselawat, mudah-mudahan beroleh syafaatnya.