Thursday, September 15, 2011

Kamus Mukmin - Orang Yang berhati Buta



Ibrahim Bin Adham (ahli tasawuf) berkata:-

"Orang yang tidak dikabulkan doanya kerana buta hatinya disebabkab 10 perkara:-"

1. Kamu kenal Allah,tetapi kamu tidak menunaikan Hak-nya

2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya

3. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur.

4. Kamu telah menbaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan nya

5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya

6. Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya

7. Kamu telah berkata bahawa mati itu adalah benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

8. Kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

9. Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri

10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Renungan untuk kita bersama..

:)

Saturday, August 20, 2011

SI BAKHIL & SI DERMAWAN

Seorang lelaki badwi sedang menempuh perjalanan yang jauh.. Dikala matahari hampir terbenam, beliau belum juga sampai ke tempat yang di tuju. Kerana hari sudah malam, lelaki badwi itu menuju ke sebuah khemah untuk menumpang rehat dan tidur.. Kelihatan seorang perempuan di dalam sebuah khemah itu, cuba menyorokkan dirinya daripada lelaki badwi yang ingin jadi tetamunya...Bagaimanapun lelaki badwi itu memberi salam.....

"Siapa tu?" - tanya perempuan itu dari dalam khemah.

"Saya tetamu" - Jawab lelaki badwi itu..

"Saya tidak menerima tetamu" - Balas perempuan itu dari dalam Khemah.

Walaupun perempuan penghuni khemah itu enggan menerima tetamu, lelaki badwi itu tetap berhenti di situ. Beliau tidak sanggup berjalan seorang diri di padang pasir yang terbentang luas itu di dalam keadaan gelap gelita. Si perempuan itu tetap tidak memperendahkan tetamunya... Dia meneruskan kerjanya mengilas tepung, membancuh dan membuat roti, kemudian memakannya...

Ketika si perempuan itu sedang makan dengan lahapnya, datanglah suaminya membawa susu.

"Tuan siapa?" - tanya suami perempuan itu kepada lelaki badwi itu.

"Saya musafir" - jawab lelaki badwi tersebut

"Oooo....selamat datang, saya sangat suka menerima kedatangan tuan"

Si suami terus menuangkan susu yang dibawanya ke dalam cawan dan di hidangkannya kepada tetamunya. Kedua-duanya pun berbual-bual perihal masing-masing. Lelaki badwi itu memberitahu maksud kedatangannya hanya sekadar menumpang kerana hari sudah malam...

"Barangkali tuan belum makan apa2" - kata suami perempuan itu dengan tiba-tiba.

"Mungkin begitu" - Jawab lelaki badwi tersebut.

Si suami masuk ke dalam khemahnya dan didapatinya isterinya baru saja selesai makan. Maka marahlah ia kepada isterinya kerana tidak menghormati & melayani tetamu yang datang...


"Celaka kamu, kamu makan sendiri, sedangkan tamu tidak diberi layanan baik," - Marah suami perempuan itu.

"Tidak, saya tidak akan menghidangkan apa-apa kepadanya" - Jawab isterinya dengan sombong & angkuh

Mendengar jawapan isterinya yang menyakitkan hati itu, si suami memukul isterinya sehingga luka di kepalanya.

Kemudian si suami keluar berjumpa tetamunya dan meminta maaf atas sikap isterinya yang tidak memberi layanan yang baik kepada lelaki badwi itu. Kemudian si suami itu bersetuju untuk menyembelih unta milik lelaki badwi itu yang kemudian diganti olehnya kerana waktu itu kebetulan untanya berada agak jauh dari khemahnya..

Setelah menyembelih unta, suami perempuan itu menyalakan api dan membakar daging unta itu , kemudian menghidangkan kepada tetamunya dan mereka pun makan bersama..

"Demi Allah, setiap tetamu saya tidak boleh bermalam di dalam keadaan lapar" - kata suami perempuan itu..

Kemudian suami perempuan itu meninggalkan tetamunya buat seketika. Tidak berapa lama kemudian dia kembali dengan seekot unta yang bagus sekali..Mungkin setiap orang yang melihatnya akan malu atau tidak sanggup menawar harganya keranan baiknya untu itu. Harganya tidak jauh lebih tinggi daripada unta yang di sembelih. Si tetamu pun merasa malu kalau unta itu di jadikan ganti untanya yang di sembelih tadi..

"Ambillah unta ini sebagai ganti untamu..." - Kata suami perempuan itu kepada tetamunya.

Walaubagaimanapun lelaki badwi itu akan meneruskan perjalanan, suami perempuan itu membekalkan roti dan lebihan daging unta yang telah di bakar secukupnya.

Setelah sehari suntuk di dalam perjalan , lelaki badwi itu pun sampai ke sebuah khemah lain. Lelaki badwi itu ingin bermalam di khemah itu kerana hari sudah pun malam.

Seorang perempuan di khemah itu segera menyambut kedatangannya dengan senang hati ..

"Tuan siapa?" - Tanya perempuan itu

"Saya tetamu" - Jawab lelaki badwi itu

"Selamat datang, saya suka menerima kedatangan tuan" - Balas perempuan itu

Berbeza dengan sikap perempuan yang dijumpainya pertama tadi, perempuan ini sangat pemurah dan tidak kedekut. Ia segera menghidangkan minuman dan ayam bakar kepada tetamunya.

"Jemput makan apa yang ada. Mohon maaf kalau tidak sedap" - Kata perempuan itu

Diwaktu lelaki badwi itu menikmati hidangan, datanglah suami perempuan itu dengan muka yang masam..

"Tuan siapa?" - Tanya suami perempuan kepada lelaki badwi yang menjadi tetamunya dengan nada suara yang kurang enak didengar.

"Saya tetamu tuan" - Jawab lelaki badwi itu

"Sebenarnya saya tidak suka menerima tetamu " - Jelas suami perempuan itu.

Si suami terus masuk kedalam khemahnya dan berjumap isterinya. Sedikit pun tidak bermesra dengan tetamunya.

Kepada isterinya ia berkata - "Mana makananku malam ini?"

"Sudah kuhidangkan kepada tetamu kita" - Jawab isterinya

"Apa?!! Siapa yang menyuruhkau menghidangkan makanan kepada tetamu itu?" - tanya si suami tersebut.

Si suami yang sangat kedekut itu akhirnya sempat memukul kepala isterinya hingga luka.

Melihat kejadian itu, lelaki badwi itu tertawa kerana kejadian itu tidak ubah seperti yang dialaminya semalam. Jikansemalam yang kedekut isterinya, kini si suaminya pula kedekut. Semalam si suami memukul kepala isterinyakerana sangat kedekut dan sombong, kini si isteri pula kena pukul kerana sifat dermawannya. Jadi lelaki badwi itu mengalami 2 perkara yang berbeza.

"Mengapa engkau ketawa?" - tanya suami perempuan itu apabila mengetahui tetamunya ketawa.

Lelaki badwi itu berkata - "Semalam saya bermalam di sebuah khemah nun di sana. Si suami marah pada isterinya kerana tidak menghormati dan memberi makan kepada tetamunya. Sekarang saya berjumpa pula dengan seorang suami yang marahkan isterinya kerana menghormati dan memberi makanan kepada tetamunya, lucukan?"

Setelah tetamu itu menerangkan tempat khemah yang disinggahinya semalam. Maka fahamlah si suami yang kedekut itu dan berkata;-

"Suami perempuan itu adalah abang kepada isteri saya dan isteri lelaki itu adalah adik saya"

Lelaki Badwi itu bertambah hairan setelah mendengar keterangan dari suami perempuan dermawan itu, dalam hatinya ia berkata - "patutlah..adik beradik sifatnya sama"

Tuesday, March 22, 2011

Risalah AM - Apa itu RIAK???!!

Dulu aku pernah dengar kata seorang kakak ada menyatakan pada aku, Dalam Dunia ni ada dua perkara yang apabila kita rasa kita tak akan perasan , pertama riak dan kedua ikhlas

yang saya nak cerita kat sini adalah tentang riak..

APA ITU RIAK???

1. Seorang yang sombong, suka membesar dan membangga diri atau suka menunjuk-nunjuk

2. Seseorang yang pura-pura baik walhal kebaikannya itu bukanlah sesuatu yang jujur.

3. Perbuatan seseotang yang tidak boleh ditegur dan kalau ditegur, dia mudah naik angin atau
berang dan meradang serta mengganggap perbuatan orang lain adalah salah.

4. Seseorang yang suka menunjuk-nunjuk kerajinannya, tetapi sebenarnya dia seorang yang
pemalas

5. Seseorang yang suka di puji dan mengharap pujian daripada orang lain....

Ini adalah serba sedikit yang sy tau tentang RIAK...maka jauhkanlah diri kita dari merasa RIAK...sekian...yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yg buruk itu juga datang dari Allah s.w.t tetapi atas kesilapan saya sendiri...

Wassalam

Monday, March 21, 2011

Kidah Dari Al-Quran & Hadis - Kebenaran &Kekuatan Untuk Mengubah Kejahatan

Pada suatu petang, selepas menunaikan solat asar, Rasulullah s.a.w dan sahabatberkumpul di dalam masjid. Tiba-tiba terdengar hentakan kaki-kaki unta di luar masjid. Seperti tergesa-gesa unta itu di berhentikan. Lalu penunggangnya melompat & terus masuk ke dalam masjid.

Rasulullah s.a.w & sahabat terkejut kerana lelaki itu terus bercakap tanpa memperkenalkan dirinya terlebih dahulu ketika berkata:

"aku telah melakukan perjalanan selama 9 hari, siang & malam
aku menahan dahaga di waktu siang & menahan tidur di waktu
malam - untaku yang di luar aku paksa agar berlari lebih laju lagi"

ujar lelaki tersebut dengan nafas yang termengah-mengah

"semua itu kulakukan kerana ingin menanyakan 2 perkara kepada
mu"

ujarnya lagi...

"silakan saudara", jawab Nabi s.a.w

"pertama terangkan kepadaku, bagaimana ciri-ciri manusia yang
disukai Allah s.w.t, kedua bagaimana ciri-ciri manusia yang dibenci
Allah s.w.t?"

Para sahabat saling berpandangan kerana selama ini tak terlintas difikiran mereka untuk menanyakan masalah itu. Rasulullah s.a.w mengkagumi sifat terbuka lelaki itu. Maka Rasulullah s.a.w ingin tahu siapakah lelaki itu sebenarnya...

"Bolehkah saya mengetahui nama "saudara"?", tanya Rasulullah s.a.w.

Dari raut muka yang lembut itu, ia jawab pertanyaan Rasulullah s.a.w

"orang kampung memanggilku Zaidulkhail(Zaid si kuda jalang)",

Lantas Rasulullan s.a.w bersabda

"nama yang layak ialah Zaidulkhair, yang bertambah kebaikannya,
bukan Zaidulkhail,"

"apa pun gelaran ku tidak penting,"

Sanggah lelaki itu tanpa perubahan riak mukanya...

"yang penting jawab pertanyaan ku, apakah ciri-ciri orang yang
disukai Allah dan ciri-ciri orang yang dibenci Allah s.w.t(diMurkai
Allah)?"

Nabi s.a.w tidak menjawab sebaliknya bertanya

"dapatkah ungkapkan bagaimana perasaanmu ketika bangun
tidur?'"

Tanpa berfikir panjang lelaki itu terus menjawab

"Setiap kali bangun dari tidur di pagi hari, yang mula-mula aku
rasakan adalah untuk melakukan kebajikan & rindu hendak
berkumpul dengan orang-orang yang senang berbuat baik. Lalu
aku menginginkan, seandainya aku boleh mengerjakan kebajikan,
hendaknya yang aku harapkan hanya pahala dari Allah s.w.t
bukanya balasan manusia. Sebaliknya jika aku tidak dapat
menanam kebajikan, remuklah dadaku & redamlah hatiku. Aku
amat berdukacita bilatidak boleh menjumpai orang yang soleh,"

Nabi s.a.w tersenyum & terus bersabda

"Kalau benar keadaan mu demikian, itulah ciri-ciri manusia yang
disukai Allah s.w.t. Adapun yang di benci Allah s.w.t ialah mereka
yang ketika tidur bangun dari tidur merancang hendak berbuat
maksiat serta ingin bersukaria bersama-sama para ahli maksiat,"


Wassalam...

Sunday, March 20, 2011

Cerita dari Timur Tengah - "Rambut Sam'un Al-Ghazi"

Malaikat jibril pernah menceritakan kepada Rasulullah s.a.w tentang seorang lelaki bernama Sam'un Al Ghazi. Kisah ini Rasulullah s.a.w sampaikan kepada para sahabat..

Siapa Sam'un Al Ghazi???

Beliau adalah seorang wali Allah, seorang yang memerangi orang kafir,sentiasa beribadah pada malam hari sehingga akhir hayat. Baliau juga pasti berjaya setiap kali peperangan dan beliau menggunakan senjata yang diperbuat dari tulang rahang unta...

Apakah keistimewaan Sam'un Al Ghazi??

Apabila lapar akan keluar makanan dan minuman dari celah giginya, dan ini saja rezeki yang Allah s.w.t bagi kepada beliau

Hayat beliau

Beliau telah hidup selama 83 tahun 4 bulan (1000 bulan)

Al kisah....

Sam'un Al Ghazi menpunyai seorang isteri, pada satu hari isteri beliau telah di temui oleh musuh-musuh beliau. Pada ketika itu isteri beliau masih lagi belum menerima syariat Allah s.w.t. Musuh-musuh Sam'un Al Ghazi telah memujuk isteri Sam'un Al Ghazi supaya membunuh beliau, dan akan memberikan ganjaran harta yang lumayan.

Bagaimana???

Musuh-musuh dan isteri Sam'un Al Ghazi telah menyusun strategi. Isteri Sam'un akan diberi tali. Apabila Sam'un tidur, isteri beliau akan mengikat beliau. Apabila Sam'un tersedar beliau bertanyakan kepada isterinya, mengapa dia berbuat demikian? Isteri Sam'un menjawab yang dia mahu uji betapa kuatnya suami dia...

Walaubagaimanapun tali itu dapat di putuskan oleh Sam'un

Pada keesokan harinya, isteri beliau telah diberi rantai besi, tetapi ianya juga dapat di putuskan oleh Sam'un...

Isteri Sam'un terfikir, mungkin ada rahsia kelemahan Sam'un, lalu dia pun bertanya kepada Sam'un.

Sebenarnya Sam'un tidak boleh membuka rahsia Allah iaitu mengenai kelemahan dirinya.

tetapi disebabkan kasihnya pada isterinya, lalu dia menceritakan kepada isterinya...

Apakah rahsia kelemahan Sam'un??

" Allah s.w.t telah mengurniakan 8 helai rambut kepada Sam'un, tidak ada apa yang dapat mengalahkan Sam'un melainkan 8 helai rambut ini"

Maka...malam itu, ketika Sam'un tidur, isteri beliau telah memotong rambut beliau, lalu mengikat dengan rambut yang telah di potong itu...

Kali ini Sam'un tidak dapat memutuskan ikatan itu...

Tanpa membuang masa, isteri Sam'un telah memanggil musuh-musuh Sam'un...lalu Sam'un dibawa ke rumah penyembelihan...telinga, lidah, bibir, mata, kaki dan tangannya di potong...

Isteri dan musuh-musuh Sam'un bergembira di rumah Penyembelihan..

Malaikat jibril, diminta supaya membantu Sam'un...Sam'un telah meminta agar diberi kekuatan...agar dengan kekuatan itu beliau dapat menggoncang rumah tersebut....

Allah s.w.t telah perkenankan permintaan beliau...rumah itu telah roboh dan menghempap musuh beliau yang tamakkan harta..

Akhirnya Allah s.w.t telah mengembalikan semula anggota beliau....

Sam'un bersyukur, dan bertaubat tidak akan mengulangi kesalahan dengan membuka rahsia Allah s.w.t

Sejak dari itu, ibadahnya semakin kuat, malam diisi dengan qiamullail, di siang hari beliau memerangi orang kafir dan berpuasa setiap hari...


wallahua'lam....

Saturday, March 19, 2011

Mutala'ah - Ahli Syurga & Neraka

Syurga dan neraka merupakan Ciptaan Allah s.w.t untuk hamba-hamba-NYA. Bagi mereka yang membuat kebajikan mengikut sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w dan perintah Allah maka syurga adalah tempatnya. Manakala bagi mereka yang ingkar akan suruhan Allah s.w.t maka Neraka lah tempatnya...





Penghuni Syurga

1) Wajah yang manis & berseri-seri

2) Tutur kata yang bersopan

3) Hati yang bertaqwa kepada Allah s.w.t

4) Tangan yang dermawan










Penghuni Neraka





1) Muka yang muram

2) Tutur kata yang keji

3) Hati keras yang ingkar

4) Tangan yang kedekut (Bakhil)


yang mana satu kah yang menjadi pilihan kita? tepuk lah dada tanya la iman...


wallahualam..

Tuesday, January 11, 2011

Ya Allah, Berikan aku jawapan gembira......






Ketika rasa itu singgah di hati

Aku bertanya pada hati...

Dari mana datangnya rasa ini??...

Namun hati tak mampu menjawab




Aku mencari jawapan pada yang memiliki hati....

DIA menjawab, rasa itu datang dari-Nya

Lalu aku bertanya kembali

kerana aku belum berani untuk membenarkan rasa itu menghuni di hati...

Namun, jawapan yang sama aku terima



Diri merasakan hati ini tidak layak untuk menerima rasa itu

Lalu aku bertanya lagi..

Untuk jawapan yang sepasti-pastinya

Jawapan yang aku terima..


Benar....




Setelah aku membenarkan rasa itu untuk menghuni di hati ini...

Hati ini jadi muram...

Hati ini penuh dendam...

Hati ini rasa iri....

Hati ini jadi sakit...

Hati ini sangat terluka...

Hati ini tak segembira seperti dulu....




Aku jadi keliru...

Lalu aku kembali pada pemilik hati dan pemberi rasa ini..

Untuk bertanya kan kembali...

Adakah benar rasa ini menghuni di hati yang layak menerima nya???

Namun tiada jawapan yang aku terima....



Hari berganti hari

Minggu berselang minggu...

Senyap sunyi tanpa jawapan-MU






Lalu aku memohon pada yang memiliki hati ini....

Seandainya rasa ini hanya satu persinggahan...

Sebagai tanda cuitan Kasih Mu Ya Rabb...



Aku redha...






Dan aku meminta pada-NYA

Supaya di ambil kembali rasa di hati ini....

Dan KAU serahkan pada Hati yang selayaknya menerima..






Namun pertanyaan ku masih belum terjawab..

Di mana jawapan yang pasti untuk ku...





Ya Allah....berikan aku jawapan gembiraa.....








AMEEN....