Saturday, August 20, 2011

SI BAKHIL & SI DERMAWAN

Seorang lelaki badwi sedang menempuh perjalanan yang jauh.. Dikala matahari hampir terbenam, beliau belum juga sampai ke tempat yang di tuju. Kerana hari sudah malam, lelaki badwi itu menuju ke sebuah khemah untuk menumpang rehat dan tidur.. Kelihatan seorang perempuan di dalam sebuah khemah itu, cuba menyorokkan dirinya daripada lelaki badwi yang ingin jadi tetamunya...Bagaimanapun lelaki badwi itu memberi salam.....

"Siapa tu?" - tanya perempuan itu dari dalam khemah.

"Saya tetamu" - Jawab lelaki badwi itu..

"Saya tidak menerima tetamu" - Balas perempuan itu dari dalam Khemah.

Walaupun perempuan penghuni khemah itu enggan menerima tetamu, lelaki badwi itu tetap berhenti di situ. Beliau tidak sanggup berjalan seorang diri di padang pasir yang terbentang luas itu di dalam keadaan gelap gelita. Si perempuan itu tetap tidak memperendahkan tetamunya... Dia meneruskan kerjanya mengilas tepung, membancuh dan membuat roti, kemudian memakannya...

Ketika si perempuan itu sedang makan dengan lahapnya, datanglah suaminya membawa susu.

"Tuan siapa?" - tanya suami perempuan itu kepada lelaki badwi itu.

"Saya musafir" - jawab lelaki badwi tersebut

"Oooo....selamat datang, saya sangat suka menerima kedatangan tuan"

Si suami terus menuangkan susu yang dibawanya ke dalam cawan dan di hidangkannya kepada tetamunya. Kedua-duanya pun berbual-bual perihal masing-masing. Lelaki badwi itu memberitahu maksud kedatangannya hanya sekadar menumpang kerana hari sudah malam...

"Barangkali tuan belum makan apa2" - kata suami perempuan itu dengan tiba-tiba.

"Mungkin begitu" - Jawab lelaki badwi tersebut.

Si suami masuk ke dalam khemahnya dan didapatinya isterinya baru saja selesai makan. Maka marahlah ia kepada isterinya kerana tidak menghormati & melayani tetamu yang datang...


"Celaka kamu, kamu makan sendiri, sedangkan tamu tidak diberi layanan baik," - Marah suami perempuan itu.

"Tidak, saya tidak akan menghidangkan apa-apa kepadanya" - Jawab isterinya dengan sombong & angkuh

Mendengar jawapan isterinya yang menyakitkan hati itu, si suami memukul isterinya sehingga luka di kepalanya.

Kemudian si suami keluar berjumpa tetamunya dan meminta maaf atas sikap isterinya yang tidak memberi layanan yang baik kepada lelaki badwi itu. Kemudian si suami itu bersetuju untuk menyembelih unta milik lelaki badwi itu yang kemudian diganti olehnya kerana waktu itu kebetulan untanya berada agak jauh dari khemahnya..

Setelah menyembelih unta, suami perempuan itu menyalakan api dan membakar daging unta itu , kemudian menghidangkan kepada tetamunya dan mereka pun makan bersama..

"Demi Allah, setiap tetamu saya tidak boleh bermalam di dalam keadaan lapar" - kata suami perempuan itu..

Kemudian suami perempuan itu meninggalkan tetamunya buat seketika. Tidak berapa lama kemudian dia kembali dengan seekot unta yang bagus sekali..Mungkin setiap orang yang melihatnya akan malu atau tidak sanggup menawar harganya keranan baiknya untu itu. Harganya tidak jauh lebih tinggi daripada unta yang di sembelih. Si tetamu pun merasa malu kalau unta itu di jadikan ganti untanya yang di sembelih tadi..

"Ambillah unta ini sebagai ganti untamu..." - Kata suami perempuan itu kepada tetamunya.

Walaubagaimanapun lelaki badwi itu akan meneruskan perjalanan, suami perempuan itu membekalkan roti dan lebihan daging unta yang telah di bakar secukupnya.

Setelah sehari suntuk di dalam perjalan , lelaki badwi itu pun sampai ke sebuah khemah lain. Lelaki badwi itu ingin bermalam di khemah itu kerana hari sudah pun malam.

Seorang perempuan di khemah itu segera menyambut kedatangannya dengan senang hati ..

"Tuan siapa?" - Tanya perempuan itu

"Saya tetamu" - Jawab lelaki badwi itu

"Selamat datang, saya suka menerima kedatangan tuan" - Balas perempuan itu

Berbeza dengan sikap perempuan yang dijumpainya pertama tadi, perempuan ini sangat pemurah dan tidak kedekut. Ia segera menghidangkan minuman dan ayam bakar kepada tetamunya.

"Jemput makan apa yang ada. Mohon maaf kalau tidak sedap" - Kata perempuan itu

Diwaktu lelaki badwi itu menikmati hidangan, datanglah suami perempuan itu dengan muka yang masam..

"Tuan siapa?" - Tanya suami perempuan kepada lelaki badwi yang menjadi tetamunya dengan nada suara yang kurang enak didengar.

"Saya tetamu tuan" - Jawab lelaki badwi itu

"Sebenarnya saya tidak suka menerima tetamu " - Jelas suami perempuan itu.

Si suami terus masuk kedalam khemahnya dan berjumap isterinya. Sedikit pun tidak bermesra dengan tetamunya.

Kepada isterinya ia berkata - "Mana makananku malam ini?"

"Sudah kuhidangkan kepada tetamu kita" - Jawab isterinya

"Apa?!! Siapa yang menyuruhkau menghidangkan makanan kepada tetamu itu?" - tanya si suami tersebut.

Si suami yang sangat kedekut itu akhirnya sempat memukul kepala isterinya hingga luka.

Melihat kejadian itu, lelaki badwi itu tertawa kerana kejadian itu tidak ubah seperti yang dialaminya semalam. Jikansemalam yang kedekut isterinya, kini si suaminya pula kedekut. Semalam si suami memukul kepala isterinyakerana sangat kedekut dan sombong, kini si isteri pula kena pukul kerana sifat dermawannya. Jadi lelaki badwi itu mengalami 2 perkara yang berbeza.

"Mengapa engkau ketawa?" - tanya suami perempuan itu apabila mengetahui tetamunya ketawa.

Lelaki badwi itu berkata - "Semalam saya bermalam di sebuah khemah nun di sana. Si suami marah pada isterinya kerana tidak menghormati dan memberi makan kepada tetamunya. Sekarang saya berjumpa pula dengan seorang suami yang marahkan isterinya kerana menghormati dan memberi makanan kepada tetamunya, lucukan?"

Setelah tetamu itu menerangkan tempat khemah yang disinggahinya semalam. Maka fahamlah si suami yang kedekut itu dan berkata;-

"Suami perempuan itu adalah abang kepada isteri saya dan isteri lelaki itu adalah adik saya"

Lelaki Badwi itu bertambah hairan setelah mendengar keterangan dari suami perempuan dermawan itu, dalam hatinya ia berkata - "patutlah..adik beradik sifatnya sama"