Saturday, October 16, 2010

Semoga Sumpahan Itu Bukan Satu Kenyataan


PINDAH RUMAH...aku rasa mcm dah kene sumpahan, setiap kali masuk tahun baru, awal tahun atau pun hujung tahun aku akan pindah rumah...masuk kali ni dah 7 kali aku tukar rumah sewa....huhu..dah mcm org nomad pun ade jugak la...



Ada yang terpaksa Pindah sebab tuan rumah nak duduk rumah tu, sebab lain pulak kerana housemate kawen, so dia nak ambik rumah tu duduk dengan husband dia(ade ke patut)..last2 dapat tahu dia x jadi kawen..(apa kes??)...dan bermacam-macam lagi sebab.....



Rumah sewa pertama aku di Shah Alam, seksyen 6, rumah flat tingkat 4, mase tu sewa RM90 jer....aku menyewa pun sbb praktikal kat shah Alam....habis praktikal aku duk kampung.



Rumah sewa ke-2 pun kat Shah Alam, punnn..dekat seksyen 6, tp blok lain...rumah sewa yg ni yg aku kene pindah sebab housemate aku kawen & dia nak duduk umah tu dgn husband dia...last2 x jadi kawen.....bukan jodoh dia kot..so aku pindah kat umah lain...



rumah sewa ke-3 dekat Ara Damansara, dulu kawasan ni hutan, skrg dah membangun, bangunan sumer tinggi2...ini la rumah sewa aku yg paling lama aku duduk, tp aku duduk sorang dengan sewa RM550, perghhh...kaya tul aku...pada hal gaji mase tu RM1000 je....nasib baik opis sebelah rumah jer...hehe





Selepas memikirkan duit yg dah bnyk membazir utk bayar rumah sewa yg mcm org kaya ni aku "decide" untuk cari bilik sewa yg murah sikit, aku pi kat kota damansara...cari kat dalam surat kabar, telefon la ejen ni, aku pun dtg...dah siap bayar RM900...dan dah dpt kunci...germbira bukan main lagi aku...hehe

pastu aku pun pi la rumah tu, seram sejuk aku tgk.....siap ade air sirap tergantung kat tingkap...ade jarum..umah penagih ker ni?? terus aku cancel...RM900 melayang mcm tu jer...almaklum la..orang kaya....



pastu aku x putus asa..aku ternampak iklan bilik sewa dekat area rumah sewa mahal aku tu....bila dah bincang & dah setuju boleh plak dia kata mak dia sakit, so dia nak bg bilik yg aku nak sewa tu untuk mak dia duduk...hangin aku satu badan, padahal aku dah ckp ngan tuan rumah aku nak keluar, nasib baik ade kawan aku yg rumah dia ade bilik kosong....tp kat kota kemuning....terpaksa jugak la...tp aku duduk situ seminggu jer...



lepas tu aku dapat cari bilik sewa kat shah alam seksyen 19, tak sampai setahun duduk menyewa kat sini, sbb tuan rumah nak ambik balik rumah ni..terpaksa la pindah..cari rumah lain



di pendekkan cerita dpt rumah sewa yg agak murah jugak la...tu pun sempat duduk setahun jer...sbb housemate kawen....so kami x mampu nak bayar sewa rumah utk 2 org...nak cari org pun mcm susah.....sbnr nya x susah...tp malas...hhahaha



sampai la skrg ni aku duduk di rumah yg selesa.....tp....huwaaaaaaaaaaa......housemate plak x elok perangai nyer...pengotor....busuk, kalau dia buka bilik dia...berbau satu rumah....roomate dia pun sama jugak pengotor...roomate aku ok...tp tu la...aku ade terkecik hati dengan dia...tp dia buat tak tau jer yg dia dah kecik kan hati aku...dan membuat kan aku tergerak hati nak mencari bilik sewa lain...



agak nyer dah mmg di takdirkan hidup aku untuk menghadapi semua ini..bukan nak menyalahkan takdir....tp kadang2 nak menangis jugak bila mengenangkan kisah hidup aku ni.....apa-apa pun aku kene menghadapi masalah ini, bukan lari dari masalah....so aku kene sabar..



k lah sampai sini dulu cerita tentang sumpahan hidup aku tiap2 hujung tahun, awal tahun, dan tahun baru....semoga rumah sewa ini adalah rumah sewa bujang aku yg terakhir.... tak nak pindah-pindah dah..penattt!!!..



SEMOGA SUMPAHAN ITU BUKAN SATU KENYATAAN





sekian....








Friday, October 15, 2010

Adakah Anda Bunga atau Mutiara??

Saya tertarik pada satu soalan yang ditanya pada seorang gadis, "Adakah anda bunga atau Permata?". Kedua-duanya cantik. Jika anda di tanya soalan begini, yang manakah satu pilihan anda? Jika anda memilih bunga sudah tentu kerana warnanya cantik,menggoda, menarik dan baunya wangi dan sekiranya anda memilih permata, ianya juga cantik lagi tinggi harganya...

BUNGA
Tetapi...bunga umurnya pendek, cepat layu bila di panah matahari atau di ganggu oleh tangan manusia atau haiwan. dan sekiranya di petik ianya akan cepat layu, umur bunga sangat pendek..

MUTIARA



Sedangkan mutiara akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cengkerangnya. Ia tidak bersinar, melainkan pada yang berhak dan layak.
______________________________________________________________



Kedua-duanya cantik, tapi kecantikan mutiara berkekalan, tetapi kecantikan bunga hanyalah sementara. Kita boleh umpamakan seperti seorang gadis yang cantik, tetapi tidak menutup aurat, ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna, dia umpama mutiara yang cantik. Pasti terdapat perbezaan kedua-duanya.


Oleh itu saudariku! wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalam nya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan...ketahuilah...Syurga ALLAH mahal harganya!! di ulangi, Syurga ALLAH mahal harganya!!


Setiap Insan yang beriman bahawa ALLAH s.w.t sebagai tuhannya, Muhammad s.a.w sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya...ALLAH telah berfirman di dalam (surah Ali Imran Ayat 102) yang bermaksud


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu pada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam"

Sungguh takut apabila melihat wanita-wanita akhir zaman ini

AYUH SAUDARIKU!! BANGKIT LAH DAN PERTAHANKANLAH HARTA YG AMAT BERNILAI KURNIAAN ILAHI

Thursday, October 14, 2010

Komponen Penting Ganoderma

Organik Germanium (Ge):-
Komponen ini dapat menguatkan kadar penyerapan oksigen oleh darah sehingga 1.5 kali ganda, mempertingkatkan kadar metabolisme dan mencegah penuaan
Polisakarida:-
Komponen ini dapat menguatkan daya imuniti badan dan menyingkir virus turas.
Farmasi telah menjadikannya sebagai ubat dan Jabatan Kesihatan Koseisho Jepun meluluskannya sebagai ubat untuk menjaga kesihatan rakyat.
Adenosina:-
Mencegah pembentukan trombosis, membersihkan darah dan memperbaiki sistem peredaran darah
Walaubagaimanapun, pada tumbuhan lain juga terdapat komponen-komponen yang di senaraikan di atas...tetapi, hanya mengandungi salah satu jenis komponen tersebut. Sebaliknya Ganoderma mengandungi kombinasi kandungan Organik Germanium dan Polisakarida, jadi Ganoderma dapat membawa kesan yang sungguh menakjubkan.....seperti yg saya ceritakan pada post yg lepas, post lepas .....
Okay..sampai bertemu lagi di post yang akan datang.....akhir kata, amalkan pemakanan yang berkhasiat..kerana ada pendapat yang mengatakan perut itu sarang penyakit.

Tuesday, October 12, 2010

JODOH SESAAT


Maha Suci Tuhan Yang Telah Memberikan Ketenangan

Dalam Sujud Taubat, Hajat, Istiqarah, Syukur, dan Dhuha

Dalam Kekeliruan Mencari Cinta

Lantaran Usia Kian Mengejar

Apalagi Mereka Yang Seusia Telah Menganjak Fasa

Yang Bukan Lagi Digelar Dara Rebutan



Dalam Kata Mereka Ku Terima Sebagai Nasihat

Dan Senyum Bonda, Senyum Berhajat

Ku Selami Erti Tersirat

Mahu Aku Punya Pembimbing Kampung Akhirat



Bukan Aku Tidak Mahu

Bukan Hanya Tunggu Menanti Seru

Tapi Aku Terkeliru

Dalam Usaha Itu

Adakalanya Tersasar dari Jalan Mu





Lantas Aku Undur Langkah

Dalam Taubat Ku Mohon Keampunan

Dalam Hajat Ku Mohon Pertolongan

Dalam Istikharoh Ku Mohon Pilihan

Dalam Syukur Ku Mohon Pemeliharaan

Dalam Dhuha Ku Mohon Kurniaan!



Masih Terngiang Lagi Sinis Kata Menguji Iman

Kalau Kau tu Baik Sangat...

Kenapa Belum Punya Teman?



Bagaimana Harus Aku Bicarakan

Jodoh Bukan Untuk Orang Yang Baik Sahaja

Orang Tak Baik Pun Ada Jodoh Juga

Sudah Termaktub JanjiNya

Lelaki Baik Untuk Perempuan Baik

Begitu Juga Sebaliknya

Yakin Lah..!!!

Ajal, Maut, jodoh Pertemuan ada Hikmah

Bila Masanya Datang, Pasti takkan Berganjak Walau Sesaat

Monday, October 11, 2010

Ganoderma Membawa Kesan Yang Menakjubkan

Post kali ini, saya akan sambung kembali cerita berkenaan Ganoderma atau Ling Zhi


Pada zaman dahulu, ganoderma dikatakan penuh misteri
Apa yang diketahui, Ganoderma dapat mengekalkan kemudaan dan melanjutkan usia tetapi keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik


Namun, sejak berpuluh tahun kebelakangan ini, banyak kajian telah dijalankan oleh pakar-pakar dari negeri China dan Luar negeri dengan kerjasam hospital, kolej dan farmasi.


selepas menjalani analisis secara mendalam, perbincangan dan kajian klinikal untuk berkali-kali, akhirnya didapati Ganoderma mempunyai kesan yang sangat luas


Diantara kesan-kesan baik yang terdapat pada Ganoderma atau Ling Zhi



  • membersihkan darah

  • Penyahtoksikan

  • Menguatkan buah pinggang

  • Menyihatkan Limpa

  • Menyelaraskan usus

  • Menguatkan Jantung

  • Mengawal tekanan darah

  • Menguatkan badan

  • Mencegah Selsema

  • Melawan bakteria

  • Menghilangkan batuk

  • Mengeluarkan Kahak

  • Menenangkan Sakit

  • Membawa Ketenangan

  • Mencegah Barah

Sungguh banyak kebaikan Herba Ciptaan Allah s.w t ini. Terpulang kepda kita sebagai hamba Nya untuk memanfaatkan kejadiaan yang baik ini...


Sekian untuk post kali ni....tidak sabar rasa nya nak berkongsi dengan anda tentang kandungan penting yang terdapat dalam Ganoderma..semoga bertemu..


selamat membaca semoga sedikit sebanyak dapat memberikan anda info yang berguna tentang Herba ini.

Sunday, October 10, 2010

GANODERMA (Lingzhi) - Herba Khasiat yang menakjubkan

Kali ni saya nak kongsi dengan anda tentang sejenis herba yang di panggil Ganoderma.

Sebenarnya ganoderma ni sejenis cendawan , atau pun dikenali oleh orang cina sebagai Lingzhi...


Ganoderma telah dianggap oleh masyarakat Cina sebagai herba khasiat yang bermutu tinggi sejak beribu-ribu tahun dahulu..


Ianya dikatakan ubat paling berharga kerana ia tidak membawa sebarang kesan sampingan walaupun dimakan untuk jangka masa yang panjang

Diantara khasiat Ganoderma
  • menguatkan daya pertahanan badan

  • melanjutkan usia

  • mengekalkan kemudaan
Ganoderma boleh diklasifikasikan kepada 6 kumpulan utama mengikut warnanya, iaitu:-
  1. Ganoderma Hitam
  2. Ganoderma Ungu
  3. Ganoderma Lembayung
  4. Ganoderma Putih
  5. Ganoderma Kuning
  6. Ganoderma Hijau

sekian dahulu info pada kali ini, untuk post yg akan datang saya akan menceritakankan kesan yang dibawa oleh ganoderma..