Saya tertarik pada satu soalan yang ditanya pada seorang gadis, "Adakah anda bunga atau Permata?". Kedua-duanya cantik. Jika anda di tanya soalan begini, yang manakah satu pilihan anda? Jika anda memilih bunga sudah tentu kerana warnanya cantik,menggoda, menarik dan baunya wangi dan sekiranya anda memilih permata, ianya juga cantik lagi tinggi harganya...
BUNGA

MUTIARA

Sedangkan mutiara akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cengkerangnya. Ia tidak bersinar, melainkan pada yang berhak dan layak.
______________________________________________________________

Kedua-duanya cantik, tapi kecantikan mutiara berkekalan, tetapi kecantikan bunga hanyalah sementara. Kita boleh umpamakan seperti seorang gadis yang cantik, tetapi tidak menutup aurat, ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna, dia umpama mutiara yang cantik. Pasti terdapat perbezaan kedua-duanya.
Oleh itu saudariku! wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalam nya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan...ketahuilah...Syurga ALLAH mahal harganya!! di ulangi, Syurga ALLAH mahal harganya!!
Setiap Insan yang beriman bahawa ALLAH s.w.t sebagai tuhannya, Muhammad s.a.w sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya...ALLAH telah berfirman di dalam (surah Ali Imran Ayat 102) yang bermaksud
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu pada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam"
Sungguh takut apabila melihat wanita-wanita akhir zaman ini
AYUH SAUDARIKU!! BANGKIT LAH DAN PERTAHANKANLAH HARTA YG AMAT BERNILAI KURNIAAN ILAHI
No comments:
Post a Comment